Latar Belakang Sekolah

MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Paris 3, Kinabatangan
Kod Sekolah : XBA2241
Alamat Sekolah : WDT 218
Poskod : 90200
Bandar : Kinabatangan
Negeri : Sabah
Lokasi : Luar Bandar
No. Telefon : 089-575209
Sesi : Pagi dan Petang
Gred : Gred A
Jenis : Jenis Kebangsaan
Peringkat Sekolah : Pra-Sekolah dan Rendah
PPD : PPD Kinabatangan
PPG : -


   SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS 3.
W.D.T 218,
90200 KOTA KINABATANGAN, SABAH.
NO. TEL: 089-575209
  FAX : 089-575208
    EMAIL : xba2241@gmail.com

PENGENALAN SEKOLAH

LOKASI SEKOLAH 




Sekolah Kebangsaan (SK) Paris 3 terletak di lokasi yang agak cantik iaitu di atas bukit iaitu 120 km dari bandar Sandakan dan 47 km dari bandar Lahad Datu. Nama SK Paris 3 diambil bersempena dengan nama Kampung Paris 3 sendiri. Ia didirikan berikutan SK Paris 1 dan SK Sandau tidak dapat menampung jumlah murid di sekitar Kampung Paris 3 yang ingin mengikuti pelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, penubuhan SK Paris 3 mampu mengatasi masalah penempatan sekolah anak-anak peneroka yang tinggal sekitar kawasan Kampung Paris 3. Kos pembinaan sekolah ditanggung oleh sebahagian besar penduduk Kampung Paris 3 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM 500,000.00.

SK Paris 3 telah dibuka secara rasmi pada 5 Januari 1998 dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Ogos 1999 selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Bangunan sekolah yang digunakan pada waktu itu hanya 7 buah bilik darjah dengan jumlah murid seramai 319 orang dan 7 orang guru. Kebanyakan murid SK Paris 3 terdiri daripada anak peneroka dan pekerja di ladang kelapa sawit yang berhampiran.






SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan (SK) Paris 3 telah ditubuhkan pada tahun 1998. Penubuhan SK Paris 3 adalah idea yang dicetuskan oleh Tuan Haji Tukang bin Parendrang selaku ketua kaum Bugis dengan kerjasama Pegawai Pendidikan Daerah, En. Mohd. Zain Jahari dengan sokongan Pegawai Pelajaran Sandakan Yang Berbahagia Dato Dr. Hj. Yassin Hj. Amit.

            Projek kilat tersebut telah dibina secara gotong-royong yang terdiri daripada para ibu bapa sekitar Kampung Paris 3. Projek tersebut diketuai sendiri oleh Tuan Haji Tukang bin Parendrang. Bangunan sekolah tersebut dibina pada tapak seluas 30 ekar milik Tuan Haji Tukang yang telah diwakafkan bagi tujuan pembinaan sekolah.

Pada peringkat awal sekolah dibuka, sebahagian besar peralatan sekolah adalah hasil sumbangan daripada para ibu bapa dan guru. Walaubagaimanapun, situasi itu tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah mahupun sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Di kawasan yang sama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paris telah dibina pada tahun 1999 iaitu bersebelahan SK Paris 3, memandangkan pada waktu tersebut SMK Paris masih belum ada tapak untuk mendirikan bangunan kekal. Tapak SMK Paris kini adalah untuk tujuan sementara sehingga tapak kekal didirikan samada di Kampung Paris 1 atau Kampung Paris 2.



Guru Besar pertama SK Paris 3 ialah En. Ag. Jaafar Hj. Jamil bersama beberapa orang guru yang dihantar bertugas untuk menguruskan pentadbiran sekolah dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara guru yang masih berkhidmat di sekolah ini semenjak ditubuhkan ialah En. Ag. Jaafar Hj. Jamil dan Cik Jumadiah Wanna. Mereka berdua merupakan pengasas dan guru yang lebih arif perihal pengurusan dan pentadbiran SK Paris 3.Sejak awal penubuhannya sehingga kini, pendidikan di SK Paris 3 mengalami perkembangan yang amat baik. Hasil usaha gigih warga pendidik SK Paris 3, ramai murid yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Sebagai contoh, peratus kelulusan UPSR yang pertama dicapai oleh sekolah adalah 85.7% dengan 7 calon lulus daripada 8 calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Kebanyakan daripada murid SK Paris 3 berjaya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sains (SMS) Lahad Datu.Pada tahun 2003, SK Paris 3 telah dinaik taraf dari gred B ke gred A.Penolong Kanan hakiki gred DGA 32 telah diisi manakala jawatan Guru Besar gred DGA 34 mula diwujudkan pada tahun 2004.

Seramai 9 orang guru siswazah dari pelbagai jurusan turut ditempatkan di SK Paris 3 untuk mengatasi masalah kekurangan guru yang dialami oleh pihak sekolah. Mereka terdiri daripada siswazah dari kursus LPBS (GDL). Pada awal tahun 2005 pula,  seramai 3 orang guru J-QAF dihantar berkhidmat ke SK Paris 3 dan merupakan perintis program J-QAF di daerah Kinabatangan.Bagi tahun 2007, seramai 4 orang guru yang mengikuti pengajian PJJ telah Berjaya menamatkan kursus.           Mereka ialah En. Faizal Abdullah,Pn. Robiah Hj. Lapo, En. Andy David dan Cik Jumadiah Wanna.

Sejak tahun 1998 hingga 2008, seramai 2 orang Guru Besar yang telah mentadbir SK Paris 3 iaitu En. Ag. Jaafar Hj. Jamil (5 Januari 1998 – 22 Mac 1999) dan En. Ag. Abu Bakar Hj. Ag. Tengah (23 Mac 1999 - 2010).

Pada bulan ogos  2010, Sk Paris 3 telah menerima seramai 7 orang guru baru yang terdiri daripada guru-guru keluaran Institut Pendidikan Guru Gred DG41 dari pelbagai opsyen. Kemasukan guru baru ini telah sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sk Paris 3. Sementara itu, berikutan persaraan En. Ag. Abu Bakar Hj. Ag. Tengah sebagai guru besar Sk Paris 3 pada tahun 2010, En.Norazam Bin Ahmad telah mengambil alih tugas sebagai guru besar yang ketiga di Sk Paris 3.



SENARAI GURU BESAR
SK. PARIS 3



BIODATA GURU BESAR



En. Norazam Bin Ahmad


(PROFIL PERIBADI)



A.   BUTIR-BUTIR DIRI

1.    Nama                                                 :           NORAZAM BIN AHMAD

2.    No. Kad Pengenalan Lama/Baru :           660512-02-5361

3.    Tarikh Lahir                                       :           12.05.1966

4.    Tempat Lahir                                             :           KULIM, KEDAH

5.    Taraf perkahwinan                          :           KAHWIN

6.    Kelulusan Akademik dan              :           BARCELOR SAINS (KEP), BIOLOGI,
Iktisas, Bidang Pengkhususan,                KIMIA/UPM
Institusi dan Tahun Diperolehi                 SIJILPENGURUAN MALAYSIA,
                                                                        PM(PSR) / MPPPP
                                                                       
7.    Tempat Berkhidmat Sekarang      :           SK PARIS 3 KINABATANGAN

8.    Jawatan / Gred                                 :           DG41





B.   RINGKASAN PERKHIDMATAN/PENGALAMAN

1.    Tarikh Lantikan Pertama
Dalam Perkhidmatan Kerajaan           :           01.03.1989

2.    Tarikh Lantikan Ke Perkhidmatan
Sekarang                                             :           02.10.2009

3.    Tarikh Disahkan Dalam Jawatan        :           01.03.1990

4.    Gred Hakiki Sekarang                          :           DG41

5.    Tarikh Naik Pangkat Ke Gred Hakiki
Sekarang                                             :           02.10.2009

6.    Sejarah Perkhidmatan                         :



BIL.

JAWATAN

TEMPAT

TEMPOH
1
GURU
SMK TERUSAN SUGUT
1989-1992
2
GURU
SMK AGAMA SANDAKAN
1992-1995
3
GURU
SMK ST. CECILIA SANDAKAN
1995-2003
4
GURU BESAR
SK TIDUNG TABIN KINABATANGAN
2003-2010
5
GURU BESAR
SK PARIS 3 KINABATANGAN
2010- SEKARANG











C.   KURSUS/SEMINAR YANG PERNAH DIHADIRI, TEMPAT DAN TARIKH
ATAU TEMPOH KURSUS/SEMINAR


BIL.
NAMA KURSUS/SEMINAR
PENGANJUR/TEMPAT
TARIKH
1
Kursus Pelan Tindakan
IAB / KOTA KINABALU
2009
2
Kursus Pelan Tindakan
IAB / MIRI SARAWAK
2010


D.      PELAN PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN LATIHAN


BIL.
LATIHAN YANG DIPERLUKAN
CATATAN
1
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran

2
Kursus Pengurusan Kewangan

3
Kursus Pengurusan Strategik