HARI KELUARGA BERSAMA PIBG SK PARIS 3, KINABATANGAN TAHUN 2012
Tarikh : 17/09/2012 - 18/09/2012
Hari : Rabu Dan Khamis
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Tarikh : 11/2/2012
WELCOME 2012
Tarikh : 17/09/2012 - 18/09/2012
Hari : Rabu Dan Khamis
Masa : 7.00 Pg - 4.00 Ptg
Tempat : Padang SK Paris 3
Tempat : Padang SK Paris 3
Kepada Semua ibu/bapa,warga Paris 3 Dan juga warga Kinabatangan.
Program Dirasmikan oleh YB Datuk Saddi Hj Abd Rahman, Adun N48 Sukau
Banyak acara dan aktiviti menarik disajikan antaranya Sukaneka, Cabutan bertuah, Pertandingan Karaoke,memasak dan gerai-gerai pameran korporat.
SEMUA DI JEMPUT HADIR..!!
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Program : Sambutan Maulidur Rasul
Tarikh : 11/2/2012
Masa : 7.00pg - 11.30pg
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi
yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam
di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan
dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan
majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila
berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap
kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat
kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam
kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan
mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh
orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang
yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
sang kancil terkejut hairan,
terserempak dihutan dengan pemburu,
pantun diukir sebagai hiburan,
pantunku bertema azam baru...
hatinya gembira sang puteri,
hadiah diutus berasa terharu,
sudah menjadi kebiasaan diri,
tahun baru azam baru...
masuk hutan pergi memburu,
pergi memburu si burung punai,
tahun baru azam baru,
azam yang lepas sudahkah ditunai...
tumbuh mekar pohon kekwa,
tumbuh seraya ditepi titi,
azam digenggam disemat dijiwa,
pastikan ia terlaksana nanti...
buah pisang dibuat pengat,
sedap dimakan buah longan,
azam sebagai pembakar semangat,
untuk menggapai bintang kecemerlangan....
Terbang bebas si burung nuri,
hinggap sebentar diatas dahan,
ukirlah azam cantik & murni,
pasti diberkati dipermudah Tuhan...
cantik berbaju kebaya si nyonya,
hendak keluar berjalan-jalan,
andai azammu pudar warnanya,
terangilah ia dengan kecekalan....
membawa diri pahlawan hang lekir,
meredah lautan dengan bahtera,
andai azam siap terukir,
pastikan dilaksana tindakkan segera...
cinta sejati selamanya kekal,
sebagai bukti kubinakan taman,
setelah berazam berusaha tawakal,
nantilah hasilnya dengan senyuman....